16 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TERIMA SUMBANGAN BUKU
16 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TERIMA SUMBANGAN BUKU ALOR SETAR - Sebanyak 16 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di negeri Kedah telah terpilih dalam Majlis Sumbangan Buku dan Pelancaran Bank Buku Program 'Dariku Untukmu' yang diwakili oleh Guru Besar sekolah masing masing. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad mengiringi Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Saraswathy Kandasami di dalam majlis ini. Penyerahan sebanyak 200 naskah ini berlangsung di Dewan Putra Kedah Digital Library Alor Setar, baru-baru ini. Dato' Halimaton berkata program ini bertujuan meningkatkan koleksi buku-buku bacaan di perpustakaan sekolah bagi menggalakkan para pelajar minat untuk membaca. Beliau memaklumkan keseluruhan buku yang disumbang adalah sebanyak 3,200 naskhah meliputi pelbagai tajuk seperti fiksyen kanak-kanak dan dewasa, pendidikan, bahasa dan sastera, bacaan ringan, motivasi dan nilai-nilai murni. Beliau mengharapkan program seperti ini dapat menambah minat dan memupuk semangat membaca dalam kalangan para pelajar. Hadir sama, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Salasiah Abdul Wahab dan Pengarah Perpustakaan Awam Kedah, Shahizan Affandi Zakaria. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/13/2024, 2:11:52 PM
Post a Comment