ADUN JITRA BERI BANTUAN IBAKIPT
JITRA - ADUN Jitra, YB Dr. Haim Hilman Abdullah menyampaikan sumbangan iBAKIPT kepada anak-anak yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.
Katanya, inilah kebajikan secara konsisten yang Kerajaan Negeri Kedah lakukan.
“Bantuan ini sedikit sebanyak akan membantu anak-anak ini untuk keperluan pembelajaran.
“Alhamdulillah, seronok rasa dapat berkongsi serta menyampaikan bantuan ini,” ujarnya.
Katanya lagi, bantuan ini bertepatan dengan slogan ‘Kedah tempat orang miskin berteduh, orang kaya menabur bakti’ yang menghasilkan ‘Kedah sejahtera nikmat untuk semua’.
“Bantuan yang kita berikan ini tidak mengira siapa. Semua orang boleh memohon. Tidak kira agama, bangsa dan parti politik,” ujarnya lagi.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #experiencekedah #thegreaterkedah
Post a Comment