ADUN KUALA NERANG BERI BANTUAN IBAKIPT DAN PERALATAN
ADUN KUALA NERANG BERI BANTUAN IBAKIPT DAN PERALATAN KUALA NERANG - Seramai 21 pelajar DUN Kuala Nerang yang dapat melanjutkan Pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerima sumbangan iBakipt. ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusoff@Munir Zakaria berkata, sumbangan ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar IPT yang memerlukan untuk meneruskan pengajian mereka Dalam majlis itu juga, Haji Munir menyampaikan sumbangan barangan dan peralatan seperti mesin rumput, pemampat udara dan bola sepak kepada lapan penduduk. Katanya, majlis penyerahan ini merupakan satu inisiatif dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara dan bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. "Saya juga mengingatkan para penerima sumbangan peralatan supaya menjaga dan menggunakan sebaik-baiknya untuk menambahkan pendapatan. "Para penerima dingatkan supaya tidak menyalah gunakan atau menjual peralatan yang diterima," jelasnya lagi. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/8/2024, 5:30:53 PM
Post a Comment