Header Ads

test


 SEMANGAT BERPASUKAN KUNCI KEJAYAAN SUKMA KEDAH 2024 

ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia & Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din menekankan kepentingan semangat berpasukan dalam kalangan atlet SUKMA 2024. 

Beliau menasihati para atlet untuk tidak mementingkan diri sendiri sepanjang perlawanan berlangsung kerana sikap itu boleh meruntuhkan semangat juang pasukan serta memudahkan pihak lawan mengambil kesempatan.

“Justeru, semua pasukan perlu memastikan persefahaman terus dipupuk tidak kira samada pengurus, jurulatih, atlet mahu pun pihak pengurusan tertinggi sendiri bagi memastikan sasaran tercapai Insha Allah. 

  “Apabila kita bercakap mengenai kejayaan, pepatah ada menyebut ‘tiada kejayaan tanpa usaha’ dan usaha itu adalah datang daripada diri kita sendiri,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Kedah Sempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini, hari ini. 

Tambah beliau lagi, seramai 383 atlet yang terpilih ini secara tidak langsung mempunyai potensi untuk bersaing hingga ke peringkat Podium di SUKMA nanti. 

“SUKMA adalah pentas untuk kita melahirkan atlet-atlet hebat yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.  

  “Saya harap dengan membawa semangat 'The Greater Kedah' lebih ramai atlet hebat seperti Aira Azman, Aifa Azman dan Sivasangari yang cemerlang dalam sukan Skuasy dan Nurul Izzah dalam sukan berbasikal dapat kita lahirkan. 

“Namun semangat 'The Greater Kedah' ini bukan terletak atas bahu atlet semata-mata, sebaliknya semua keluarga sukan termasuk jurulatih,” jelasnya lagi.  

Beliau juga percaya dan yakin para atlet akan berjuang dengan sepenuh jiwa dan raga bagi menempa nama Kedah dipersada kejayaan. 

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan