EXCO PERTANIAN ATUR PERTEMUAN DENGAN NELAYAN DARAT DAN PENGUSAHA BOT
EXCO PERTANIAN ATUR PERTEMUAN DENGAN NELAYAN DARAT DAN PENGUSAHA BOT ALOR SETAR – Exco Kerajaan Negeri Kedah turun mengadakan pertemuan dua hala bersama nelayan darat dan pengusaha bot di Kampung Alor Ganu, di sini, hari ini. Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani berkata, pertemuan itu bertujuan untuk memperkukuh hubungan dan membincangkan isu-isu utama yang dihadapi oleh industri perikanan di negeri ini. "Ini adalah usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri yang dinamakan sebagai Program Jelajah Daerah semata-mata untuk mendekatkan masyakarat kampung dengan pihak agensi yang berkaitan. "Kerajaan negeri akan terus menyokong dan memperkasa komuniti nelayan walaupun kita tau sikap masyarakat kampung yang masih malu dan segan nak pergi ke pejabat. Jadi kita usahakan pejabat yang mai ke kampung," jelas beliau. Katanya lagi, dalam pertemuan ini para nelayan berpeluang menyuarakan pendapat dan cadangan mereka mengenai cara terbaik untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan operasi harian. "Antara isu yang dibangkitkan termasuklah masalah bekalan peralatan, kos penyelenggaraan bot, cabaran mendapatkan lesen dan permit. "Pihak agensi terlibat sudah ambil maklum semua aduan dan insha Allah kita akan cari jalan untuk selesai masalah dan tingkatkan hasil pengusaha ikan darat," katanya lagi. Dalam perkembangan yang sama, turut diadakan majlis perlepasan sebanyak 15 ribu ikan puyu ke dalam Sungai Anak Bukit. Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak, Pengarah Perikanan Negeri Kedah, Pang Anak Nyukang dan Penolong Pegawai Daerah Kota Setar, Rahmat Ashraf Dato' Haji Bukhari. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/15/2024, 4:15:29 PM
Post a Comment