Header Ads

test

EXCO SUMBER AIR TINJAU STATUS TAKUNGAN AIR DI EMPANGAN NEGERI KEDAH






 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusoff@Munir Zakaria membuat lawatan kerja ke Empangan Muda dan Empangan Pedu untuk meninjau status semasa takungan air di empangan-empangan tersebut.  

Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang memberikan laporan terkini mengenai paras takungan air di empangan Muda, Pedu dan Ahning. 

 MADA memaklumkan bahawa paras air ketika ini masih dikira normal berbanding paras terendah dan suatu ketika dahulu pada tahun 1978, 1982 dan 2005 pernah dicatatkan sebagai kritikal. 

MADA juga melaporkan berdasarkan rekod sejak Empangan Muda dan Pedu di bina pada 1969, setiap 4 tahun paras air akan menyusut dengan sangat banyak apabila musim kemarau dan penggunaan air sangat banyak untuk pengairan dan domestik. Apabila hujan turun, paras air semakin meningkat. 

 Paras dan takungan terendah yang pernah dicatatkan bagi tiga empangan di Negeri Kedah dari tahun 1974 hingga 2023 adalah seperti berikut : 

1. Empangan Pedu - Pada 15 April 1982, empangan ini mencatatkan paras air terendah pada 247.96 kaki dengan takungan terendah sebanyak 121.06 juta meter padu iaitu 11.21% 

 2. Empangan Muda - Pada 6 Mac 1978, paras air terendah yang dicatatkan adalah 274.50 kaki, dengan takungan terendah sebanyak 4.17 juta meter padu iaitu 2.7% 

3. Empangan Ahning - Pada 29 Mac 2005, paras air terendah dicatatkan pada 293.79 kaki, dengan takungan terendah sebanyak 74.24 juta meter padu iaitu 27% 

YB Munir berkata, lawatan ini bertujuan untuk memastikan pengurusan dan pemantauan yang berterusan terhadap sumber air bagi kepentingan rakyat dan sektor pertanian di Negeri Kedah.  

Marilah sama-sama kita doakan semoga segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar demi memberi keselesaan kepada rakyat. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Sumber - Haji Munir Mohamad Yusoff

#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #experiencekedah #thegreaterkedah

Tiada ulasan