Header Ads

test

'EXPERIENCE KEDAH' JANJIKAN PENGALAMAN MENARIK BUAT PELANCONG


'EXPERIENCE KEDAH' JANJIKAN PENGALAMAN MENARIK BUAT PELANCONG Kuala Lumpur - 'Experience Kedah' diangkat sebagai tema rasmi Tahun Melawat Kedah 2025 menjanjikan pelbagai pengalaman menarik kepada para pelancong yang berkunjung ke negeri itu. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyeru semua pihak untuk bersama-sama menjayakan kempen berkenaan. "'Experience Kedah' adalah ajakan atau pelawaan - orang Kedah kata 'keloi ajak mai' untuk pelancong datang dan merasai sendiri pengalaman Kedah yang sebenar. "Pengalaman ini tidak akan dapat dinikmati dengan sebarang cara lain selain datang sendiri ke Kedah," ujarnya dalam Pelancaran Tahun Melawat Kedah 2025 bertempat di Menara Kuala Lumpur. Kata beliau, tujuan dilancarkan Tahun Melawat Kedah 2025 dengan tema 'Experience Kedah' ini supaya lebih ramai warga Malaysia yang ke Thailand akan singgah terlebih dahulu tempat menarik di Kedah untuk melancong. Tambahnya, kerajaan negeri bersama Kedah Tourism telah menetapkan lima komponen utama yang akan diberi penekanan iaitu sumber alam semulajadi, gastronomi, seni, budaya dan sejarah. Jelas beliau lagi, melalui laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kedah memiliki potensi yang luar biasa dalam pembangunan pelancongan serantau apabila berada kedudukan ke-5 dari segi jumlah kehadiran pelancong bagi tahun 2023. "Dengan kehadiran 6.45 juta pelancong, kita berada di belakang Johor, Selangor, Pahang dan Perak, tetapi di hadapan lapan negeri dan wilayah lain. "Angka ini, dan angka pada tahun-tahun sebelumnya, merangsang keyakinan kita bahawa Kedah mampu menarik lebih ramai pelancong pada tahun 2025. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 8/10/2024, 8:16:10 AM 

Tiada ulasan