Header Ads

test

HENTIKAN AMALAN UNDANG-UNDANG RIMBA DALAM PENDIDIKAN


HENTIKAN AMALAN UNDANG-UNDANG RIMBA DALAM PENDIDIKAN ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah hari ini menggesa agar amalan undang-undang rimba dalam pendidikan dihentikan segera. Ini adalah susulan daripada tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang didakwa menghalang penglibatan kerajaan negeri dalam menyampaikan perkembangan semasa keperluan industri kepada pelajar. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah, YB Dr Haim Hilman Abdullah, tindakan itu bukan sahaja merugikan negeri Kedah malah menjejaskan masa depan generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara. "Untuk memastikan kebangkitan anak bangsa kita dalam pendidikan. Tapi malangnya Kementerian Pendidikan telah melakukan apa yang dipanggil The Law of The Jungle di mana anak-anak kita dihalang untuk mendapat kerjasama daripada kerajaan negerinya dalam merancang untuk menghasilkan kerja yang kompetitif. "Ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan dalam konteks untuk menjadikan sebuah negeri yang maju, negara yang maju, kita harus terbuka untuk memberi ruang pendidikan itu dikongsi bersama kerajaan negeri dan kerajaan pusat," tegas beliau ketika menjawab pertanyaan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini. Mengulas lanjut, kata Dr Haim, pendidikan dan industri harus bergerak seiring untuk memastikan generasi muda negeri itu dilengkapi dengan pengetahuan serta kemahiran yang relevan masa sekarang. Jelas beliau, halangan itu boleh merencatkan usaha membangun ekonomi negeri kerana pelajar dan institusi pengajian tinggi harus memahami dan menyesuaikan dengan perkembangan industri yang pesat. "Ini tidak sepatutnya berlaku di negeri dan negara kita," tambahnya lagi. Beliau berharap insiden berkenaan dapat diselesaikan dengan segera bagi memastikan integrasi yang lebih baik antara sektor pendidikan dan industri, demi kemajuan ekonomi Kedah dan negara pada masa depan. #SidangDUNKedah #experienceKedah #thegreaterKedah -UPDA 8/26/2024, 1:51:56 PM 

Tiada ulasan