Header Ads

test

INFINEON BUKA KILANG BAHARU DI KULIM (K3)


INFINEON BUKA KILANG BAHARU DI KULIM (K3) KULIM - Infineon Teknologi terus mengorak langkah dengan merasmikan kilang baharu di Kulim (K3) pada hari ini. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan penuh buat kilang kuasa silikon karbida (SiC) terbesar di dunia itu untuk terus maju di negeri Kedah dan Malaysia. Tambahnya, kehadiran Infineon di Kedah bukan sahaja membuka pintu kepada penciptaan pekerjaan yang lebih bernilai tinggi, malah masyarakat sekeliling telah mendapat manfaat yang ketara daripada komuniti Infineon. "Saya tidak ragu bahawa kehadiran berterusan Infineon akan terus memberi nilai kepada kita di negeri Kedah dan mengembangkan ekonomi tempatan di Kedah secara keseluruhan. "Pada tahun 2022, saya berada di sini untuk menyaksikan upacara batu asas bangunan Kulim 3 dan pada 2024, kini bangunan itu siap untuk perasmian," ujarnya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Infineon technologies (Kulim) K3, hari ini. Menurut beliau, kerajaan negeri Kedah sentiasa berusaha untuk menarik, memudahkan, dan menyokong pelaburan perniagaan di Kedah. Jelasnya lagi, Taman Perindustrian di negeri Kedah yang menempatkan pelbagai sektor industri seperti elektrik dan elektronik (E&E), tekstil, produk berasaskan getah, farmaseutikal, PKS, fabrikasi keluli, komponen dan alat ganti automotif, pengacuan suntikan plastik dan teknologi industri tinggi. "Kami bekerjasama rapat dengan industri untuk memastikan perniagaan disokong dengan baik dari segi kemudahan untuk syarikat teknologi tinggi dan ekosistem sekitarnya. "Melalui MIDA, Invest Kedah dan pihak berkuasa tempatan kami memastikan proses persediaan yang lancar untuk pelabur. "Melalui MIDA, negeri Kedah menawarkan insentif seperti itu sebagai harga tanah yang menarik, status perintis, elaun cukai pelaburan (ITA), Elaun Pelaburan Semula (RA) atau Insentif Pusingan," kata beliau. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 8/8/2024, 4:00:39 PM 

Tiada ulasan