Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Teknikal (FTC) Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah diadakan di Wisma SADA, Alor Setar.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengersui Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusoff@Munir Zakaria ini bertujuan membincangkan perancangan penting yang melibatkan pembangunan SADA serta peningkatan perkhidmatan syarikat.
Katanya, perbincangan tersebut juga menekankan keperluan strategik dalam memastikan perkhidmatan yang lebih efisien dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.
Sama-sama kita doakan semoga segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar demi memberi keselesaan kepada rakyat.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment