Header Ads

test




 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin berkesempatan bertemu dengan Pengarah JPJ Kedah yang baharu, Tuan Stien Van Lutam.

Hasrat beliau untuk mengusahakan kolaborasi antara Pejabat DUN Kubang Rotan dengan JPJ Negeri Kedah bagi mengadakan program-program yang boleh memberi manfaat kepada warga DUN Kubang Rotan dan sekitarnya.

Tuan Stien sendiri memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa bersedia membantu menjayakan program-program seperti itu, yang menawarkan pelbagai perkhidmatan melalui JPJ Mobile, pembaharuan Lesen Kenderaan, Roadtax dan insurans, serta perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan dengan jabatan tersebut.

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan