Header Ads

test





 Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani, meneruskan Program Jelajah Exco Pertanian dengan mengadakan perjumpaan bersama penduduk Kampung Besah, Kuala Ketil hari ini.

Program ini yang berlangsung dalam suasana santai, memberi ruang kepada masyarakat setempat untuk berdepan secara langsung dengan para pegawai dan jabatan-jabatan kerajaan. 

Ini membolehkan mereka mendapatkan maklumat penting serta berkongsi masalah yang dihadapi dalam sektor pertanian, perladangan, dan penternakan.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mencapai hasrat kerajaan dalam membantu pesawah, penternak dan petani di seluruh negeri Kedah untuk meningkatkan ekonomi mereka.

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan