Header Ads

test

KPKPP AMBIL INISIATIF TERNAK AYAM PEDAGING DI JENERI


KPKPP AMBIL INISIATIF TERNAK AYAM PEDAGING DI JENERI ALOR SETAR - Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Berhad (KPKPP) mengambil inisiatif untuk mengusahakan penternakan ayam pedaging reban moden tertutup di Mukim Jeneri, Sik. Pengerusinya, Haji Ishak Husaain berkata, penternakan itu akan menggunakan sistem integrator di kawasan seluas 6.8 ekar. Beliau memaklumkan, bahawa setiap pusingan sebanyak 400,000 ekor ayam dapat diternak dan ianya suatu jumlah yang tentunya mampu menjana ekonomi setempat. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin amat mengalu-alukan usaha KPKPP ini dalam menjana ekonomi negeri Kedah. "Inisiatif yang diusahakan oleh KPKPP ini selain menyumbang kepada kemajuan ekonomu negeri ia juga sejajar dengan strategi-strategi yang termaktub dalam Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM) 2030," ujarnya ketika menerima kunjungan hormat di Wisma Darul Aman, semalam. Beliau mengharapkan usaha yang dilakukan ini memberi impak positif terutamanya kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan yang akan ditawarkan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua " #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #experiencekedah #thegreaterkedah -UPDA 8/19/2024, 12:11:19 PM 

Tiada ulasan