Header Ads

test





 Satu mesyuarat penyelarasan isu kuil di tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim, semalam. 

 Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen. 

Katanya, mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras isu kuil yang terdapat di atas tanah milik PKNK dan BDB di kawasan Ladang Sungai Ular, Bandar Kulim, Kedah.  

Beliau mengharapkan kaedah penyelarasan secara dua hala ini dapat menyelesaikan masalah ini bagi memastikan pembangunan di kawasan Ladang Sungai Ular boleh dilaksanakan kelak.  

Mesyuarat dihadiri oleh Pegawai Daerah Kulim, Haji Mohd Zaini Haji Ramli; Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato' Wira Haji Isahak Murat dan Ketua Pegawai Operasi BDB, Mohd Sobri Hussein. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #experiencekedah #thegreaterkedah

Tiada ulasan