Header Ads

test

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusoff@Munir Zakaria menghadiri me...


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusoff@Munir Zakaria menghadiri mesyuarat dan taklimat pembentangan Cadangan Bagi Pemasangan Sistem Photovoltaic (PV) Solar Atas Bumbung Berkapasiti 168 kW. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Haji Mohd Fauzi Mustaffa. Menurut Haji Munir, inisiatif ini adalah sebahagian daripada program "Zero Capex" Net Energy Metering (NEM Gomen 3.0) yang bakal dilaksanakan di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, Kedah. "Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui serta mengurangkan kos tenaga di kompleks berkenaan. "Dengan pemasangan sistem PV solar ini, ia dijangka dapat menyumbang kepada matlamat negeri untuk mengurangkan jejak karbon dan menyokong usaha-usaha kelestarian alam sekitar," ujarnya. Taklimat pembentangan cadangan ini dibentangkan oleh syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB) di Wisma Darul Aman. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/8/2024, 2:45:33 PM 

Tiada ulasan