PERUNTUKKAN RM300 RIBU ATASI MASALAH KECICIRAN PELAJAR
Alor Setar - Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan sebanyak RM300 ribu kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi melaksanakan kajian mengatasi masalah keciciran pelajar di negeri itu.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, peruntukkan tersebut sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan sektor pendidikan melalui inisiatif Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses (KOMPaS).
“Peruntukan ini diberikan kepada pihak yang tepat untuk menjalankan kajian yang akan membantu kita mengenal pasti punca masalah keciciran pelajar.
"Hasil kajian ini akan menjadi panduan dalam merangka strategi penyelesaian yang lebih awal dan berkesan,” kata beliau semasa Pengulungan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman.
Sanusi berharap agar perkara itu dapat disambut oleh semua pihak secara demokratik dan bersikap lebih terbuka.
"Kita ingin memastikan supaya setiap orang memperolehi perkara yang sewajarnya ia perolehi khususnya dari sudut pendidikan," katanya.
Post a Comment