Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kedah 2025 merupakan titik mula bagi merancakkan promosi untuk menarik para pelancong dalam dan luar negara datang ke Kedah menjelang tahun 2025 nanti. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Menara Kuala Lumpur semalam. TMK 2025 memilih ''Experience Kedah'' bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk memberi keunikan dan pengalaman yang berharga kepada pelancong. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Haji Norizan Haji Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawana, YB Dato' Salleh Saidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato' Wira Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), Dato' Roslan Tan Sri Abd Rahman, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan serta ADUN Negeri Kedah. Marilah sama-sama kita menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 8/10/2024, 11:00:39 AM
Post a Comment