Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Seramai 383 atlet dan 213 orang pegawai, termasuk jurulatih akan membawa panji-panji Negeri Kedah ke kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke 21 di Sarawak. Majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Negeri Kedah disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Stadium Sultan Abdul Halim hari ini. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Haji Norizan Khazali, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia & Sukan, YB Muhamad Radhi Mat Din, barisan EXCO, ADUN, Timbalan Setiausaha Negeri Pembangunan merangkap Ketua Kontinjen Negeri Kedah ke SUKMA, Dato' Haji Fauzi Mustaffa. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 8/7/2024, 8:32:21 PM
Post a Comment