Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad mempengerusikan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Tabung Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Wisma Darul Aman. Katanya, mesyuarat kali ini meluluskan 244 permohonan dengan peruntukan sebanyak RM122 ribu bagi bulan Ogos 2024. Untuk keseluruhan komitmen kewangan BSPT bagi tahun 2024 sehingga bulan Ogas adalah sebanyak 4,573 kes permohonan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.246 juta. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Wira Haji Syed Khairol Syed Abidin dan semua barisan jawatankuasa BSPT yang komited membantu menyalurkan peruntukan kepada golongan sasar di negeri ini. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #ExperienceKedah #TheGreaterKedah #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/28/2024, 10:02:26 AM
Post a Comment