Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐁𝐮𝐚𝐡 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐦 𝐃𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐢 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐰𝐢 Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) kini sedang dalam fasa akhir pembinaan tiga buah rumah pam dan tangki sedutan yang terletak di Taman Delima, KEDA Wang Tok Redong dan Kisap di daerah Langkawi. Ketiga-tiga rumah pam dan tangki sedutan kini hanya menunggu sumber bekalan elektrik sebelum boleh beroperasi. Projek yang dilaksanakan melalui peruntukan dalaman ini dijangka akan memberi impak positif kepada kira-kira 600 akaun pengguna yang sebelum ini menghadapi masalah tekanan air rendah. Antara kawasan yang bakal menerima manfaat daripada projek ini adalah seluruh kawasan Taman Delima, seluruh kawasan Taman Kisap, Kampung Teluk, seluruh kawasan perumahan KEDA dan Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh. Melalui pembinaan projek ini, SADA berharap agar bekalan air terawat dapat disalurkan dengan konsisten dan berkualiti kepada penduduk di kawasan sekitar. Sumber : Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. #SyarikatAirDarulAman #SADA -UPDA 8/14/2024, 10:45:34 PM 

Tiada ulasan