Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mewakili YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara Bilangan 2 (MBN2) yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air. Mesyuarat tersebut diadakan di Bangunan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA). Mesyuarat ini merupakan platform penting bagi membincangkan isu-isu berkaitan biodiversiti dan kelestarian alam sekitar di Malaysia. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/1/2024, 11:45:21 AM
Post a Comment