Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PERUSAHAAN BATIK LINDUNGAN BULAN BERPOTENSI SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin membuat tinjauan pembangunan pelancongan sekitar Kota Siputeh bersama ADUN Kota Siputeh, YB Mohd Ashraf Mustaqim. Beliau dibawa ke beberapa tempat menarik bermula dengan Perusahaan Batik Lindungan Bulan dan Pembuatan Wau di Kampung Siputeh dan menziarahi Makam Puteri Lindungan Bulan. Menurutnya, Perusahaan Batik Lindungan Bulan itu perlu diperkasakan lagi dan ia berpotensi menjadi tarikan kepada pelancong jika dilipatgandakan promosi. Pihak beliau turut memberikan sedikit sumbangan untuk menyuntik semangat kepada mereka yang terlibat. "Di bawah kepimpinan YB Ashraff, saya yakin semua komoniti yang terlibat akan lebih bersungguh-sungguh untuk mempromosikan Batik Lindungan Bulan. Beliau turut dibawa melawat Gua Kerbau yang begitu cantik, lengkap dengan infrastruktur namun agak terbiar. Katanya, tempat ini akan dibangunkan semula sempena Tahun Melawat Kedah 2025 dan dibawah portfolio EXCO Pelancongan, kerajaan akan membantu memperindahkan tempat ini. Turut hadir Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Haji Ibrahim dan Ahli Parlimen Jerlun, YB Dr. Haji Abd Ghani Ahmad. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/6/2024, 6:09:09 PM 

Tiada ulasan