Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mengadakan pertemuan bersama Datuk Bandar Alor Setar, Dato' Mohd Yusri Md Daud di Wisma Darul Aman. Pertemuan itu bertujuan berkongsi pandangan antaranya tentang hal ehwal berkaitan dengan peniaga dan penjaja kecil, khususnya di kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Katanya, perbincangan itu banyak perkara diteliti dan banyak idea diperoleh bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih baik kepada golongan sasar. Selaku Pengerusi Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Kedah beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato' Yusri dan MBAS yang terus cakna terhadap golongan peniaga dan penjaja kecil, di samping begitu komited dalam memastikan Alor Setar benar-benar menjadi sebuah Bandaraya Berdaya Huni. Dalam perkembangan yang sama perbincangan diteruskan dengan perancangan bagi mengadakan usaha sama dalam mempromosi Tahun Melawat Kedah 2025 dan melaksanakan program-program yang boleh menjadi pemangkin kepada kejayaannya. Sumber – Dato Salleh Saidin #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #experiencekedah #thegreaterkedah -UPDA 8/19/2024, 11:33:20 AM
Post a Comment