Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐋𝐑𝐀 𝐊𝐨𝐝𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐅𝐚𝐬𝐚 𝟏 Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman, Ketua Pegawai Operasi SADA serta Pegawai Kanan SADA telah membuat lawatan ke tapak cadangan projek pembinaan LRA Kodiang Fasa 1 di daerah Kubang Pasu pada 29 Ogos 2024. Sebelum bergerak ke lokasi, beliau dan deligasi SADA telah diberi taklimat oleh Jabatan Pembangunan / R&D berkenaan aspek utama yang perlu diberi perhatian antaranya skop projek, anggaran kos, proses pengambilan tanah dan statistik bekalan air loji tersebut. Projek pembinaan LRA Kodiang Fasa 1 ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah permintaan air terawat daripada sektor industri di Negeri Kedah khususnya kawasan Pembangunan DELAPAN dan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam. Secara dasar, projek ini telah mendapat kelulusan SPAN dan semua pihak yang terlibat. Terdahulu, hasil mesyuarat bersama Kementerian Kewangan Malaysia pada 20 Mei 2024 telah bersetuju di mana pembiayaan bagi projek ini akan dilakukan secara pinjaman daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan dijangka akan siap pembinaan pada tahun 2030. Sumber : Syarikat Air Darul Aman (SADA) -UPDA 8/30/2024, 2:30:19 PM
Post a Comment