Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman bercemar duli berangkat bagi menyaksikan Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024 bertempat di Dataran Medan Bandar, hari ini. Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah; Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah; Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff Tunku Puan Mahkota Kedah. Hadir sama mengiringi baginda Tuanku Sultan, Menteri Besar YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan isteri, Tok Puan Hajjah Jusmalailani Jusoh. Sebanyak 142 Kontinjen menyertai perbarisan dan perarakan pada kali ini yang terdiri daripada kategori Pancaragam Sekolah Menengah dan Rendah, Badan Beruniform Institusi Pendidikan, Badan Beruniform Kerajaan, Persatuan/NGO/ Pertubuhan/ Kelab, PBT/Badan Berkanun/Swasta, Agensi Kerajaan Negeri & Persekutuan. Empat buah pesawat dari No 18 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth yang diketuai oleh Pegawai memerintah No 18 Skuadron, Leftenan Kolonel Faizal turut membuat persembahan dengan melintasi pentas utama pada kelajuan 600 km per jam, dan ketinggian 304 meter. Dianggarkan seramai 35 ribu rakyat Kedah hadir menyaksikan istiadat perbarisan ini. Tahniah kepada Kadet Bersatu Kolej Sultan Abdul Hamid, juara keseluruhan pancaragam dengan memperoleh markah sebanyak 98%. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-67. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah #thegreaterkedah -UPDA 8/31/2024, 2:19:15 PM
Post a Comment