Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


TMK2025: BATIK AIR BAKAL ADAKAN PENERBANGAN KL - ALOR SETAR MULAI DISEMBER Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran menyatakan komitmen Batik Air untuk mengadakan penerbangan Kuala Lumpur-Alor Setar mulai bulan Disember 2024 nanti. Kerajaan Negeri Kedah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Batik Air atas inisiatif yang akan diambil itu, yang tentunya akan membantu meningkatkan kehadiran pelawat dan pelancongan ke negeri ini. Perkara itu diputuskan setelah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin berkunjung ke ibu pejabat syarikat penerbangan Batik Air Malaysia di Petaling Jaya, Selangor untuk bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Chandran Rama Murthy. "Usaha untuk memastikan kejayaan Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK 2025) tidak pernah mengenal hari, dan tidak pernah mengenal henti. "Perancangan dan persiapan dibuat daripada segala sudut dengan melibatkan sokongan dan dukungan daripada pelbagai pihak, termasuk jabatan dan agensi-agensi kerajaan, pemain-pemain industri, NGO-NGO dan sebagainya," ujar YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin. Tambahnya, mereka berbincang dengan panjang lebar bagi mencari cara bagaimana Batik Air boleh berperanan sebagai rakan strategik yang dapat membantu menjayakan TMK 2025, baik daripada segi promosi, penyediaan pakej-pakej penerbangan dan juga kemungkinan-kemungkinan lain. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 8/3/2024, 3:17:04 PM 

Tiada ulasan