PROGRAM KOMPAS: USAHA KEDAH TINGKATKAN KEHADIRAN PELAJAR SPM
PROGRAM KOMPAS: USAHA KEDAH TINGKATKAN KEHADIRAN PELAJAR SPM ALOR SETAR – Jumlah ketidakhadiran pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 menurun kepada 766 orang berbanding tahun 2022 seramai 1298. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, walaupun jumlah ini menurun, kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan masih berusaha untuk mensifarkan masalah ini. "Banyak usaha kerajaan dalam menangani isu ini. Antara yang dilakukan ialah Ziarah Cakna, Pemerkasaan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), Program Gempur Kehadiran SPM 2024, Psikometrik PBS, Program Minda Sihat dan banyak lagi," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab sesi pertanyaan mulut di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Kedua Penggal Kedua di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Tambah Azam lagi, kerajaan juga memperuntukkan geran sebanyak RM300 ribu bagi menjayakan Program Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses (KOMPas). "Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan pihak Universiti Utara Malaysia melalui program KOMPas. Program ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan untuk membangunkan satu model & sistem pengesanan awal pelajar berisiko tercicir & intervensi yang bersesuaian. "Program ini telah membantu sekurang-kurangnya 180 orang pelajar dari pelbagai aspek supaya mereka tidak tercicir atau bakal tercicir dari ekosistem pembelajaran formal," ujarnya lagi. #SidangDUNKedah #ExperienceKedah #TheGreaterKedah -UPDA 8/26/2024, 3:22:03 PM
Post a Comment