Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang turun ke pasar minggu (pekan nat) Kuala Nerang bagi mengedarkan risalah kepada para peniaga bagi memaklumkan mengenai program Peluang Pinjaman Wang & Majukan Perniagaan yang bakal diadakan.
Program ini akan berlangsung pada hari Jumaat, 30 Ogos 2024, bertempat di Sekolah Agama Al-Khairiah, Kampung Barokhas dan akan bermula pada jam 10 pagi.
ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusoff@Munir Zakaria mengharapkan para peniaga tempatan dapat memanfaatkan peluang ini untuk memajukan perniagaan mereka.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#TheGreaterKedah#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
Post a Comment