Header Ads

test

SUKMA SARAWAK 2024: 383 ATLET KEDAH BERSEDIA REALISASIKAN THE GREATER KEDAH


SUKMA SARAWAK 2024: 383 ATLET KEDAH BERSEDIA REALISASIKAN THE GREATER KEDAH ALOR SETAR - Seramai 383 atlet negeri Kedah akan beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 menggalas amanah besar merealisasikan 'The Greater Kedah' di arena sukan. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, kerajaan negeri Kedah bersetuju memberikan ganjaran kemenangan kepada para atlet iaitu RM3000 bagi pingat emas, RM2000 bagi pingat Perak manakala RM1000 bagi pingat gangsa. Katanya, Kedah mensasarkan 23 pingat emas, 24 pingat perak dan 25 pingat gangsa serta berada di tangga ke-10 di antara 15 kontinjen yang bertanding. "Sukan-sukan yang dijangka akan menyumbangkan pingat adalah seperti sukan Berbasikal, Judo, Skuasy, Perahu Layar, Pencak Silat dan Wushu Sanda. "Walaupun hanya enam sukan diumumkan sebagai sukan tumpuan, tetapi semestinya kerajaan negeri menaruh harapan yang tinggi kepada 26 lagi sukan yang lain turut dipertandingkan," ujarnya dalam Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontijen Sukma Negeri kedah bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, hari ini. Tambah beliau, selain menyumbang pingat, tujuan utama atlet ke SUKMA adalah untuk mengasah bakat dan potensi agar atlet bertaraf antarabangsa dapat dilahirkan dari negeri Kedah dan mewakili negara di persada dunia sukan yang lebih tinggi. Beliau turut memperingatkan para atlet agar jangan sekali-kali angkuh dan ambil mudah ketika berada di tempat orang. "Jangan kita ambil peluang berseronok sampai hilang fokus. Angkuh dan bongkak adalah perangai syaitan yang perlu kita jauhi. Yakin diri itu perlu tetapi untuk diri sendiri sahaja, jangan sampai menyombong di hadapan orang lain, apa lagi pasukan lawan," katanya. Seramai 383 atlet dan 213 pegawai termasuk jurulatih akan mewakili kontijen Kedah pada SUKMA kali ini. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 8/7/2024, 7:03:32 PM 

Tiada ulasan