Header Ads

test

SYARIKAT BOEING BUKA KILANG PERTAMA DI KEDAH




BUKIT KAYU HITAM - Kerajaan negeri menyambut baik inisiatif Boeing Composites Malaysia (BCM) dalam memperluaskan operasi mereka di negeri Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah berkata, kerjasama ini akan membawa pelbagai manfaat dari segi peluang pekerjaan, pemindahan teknologi serta pembangunan ekonomi setempat.

“Sukacita dimaklumkan, Boeing telah mengambil alih syarikat Aerospace Composites Malaysia Sdn Bhd (ACM) sejak Disember 2023.

“ACM adalah pembekal produk komposit dan sub-pemasangan yang digunakan dalam semua pesawat komersial Boeing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Boeing Composites Malaysia (BCM) yang berlangsung di Kawasan Perindustrian, Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Jelas beliau lagi, pengambil alihan ini merupakan langkah strategik Boeing untuk memperkukuhkan rantaian bekalan dan keupayaan pembuatan Boeing di rantau ini.

“Dengan penjenamaan semula ACM kepada Boeing Composites Malaysia (BCM), ini telah menjadikan Kedah sebagai fasiliti pembuatan pertama Boeing yang dimiliki sepenuhnya oleh Boeing di Asia Tenggara,” katanya lagi.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdangangan dan Antarabangsa ,Dato’ Hairil Yaacob; Duta Amerika Syarikat, Duta Edgard Kagan; Presiden Boeing Southeast Asia, Penny Burtt dan Pengarah Urusan ACM, Justin Franke.

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan