Header Ads

test

USM TAWAR ENAM GERAN PROJEK KOMUNITI BUAT PENDUDUK DUN KUALA NERANG


USM TAWAR ENAM GERAN PROJEK KOMUNITI BUAT PENDUDUK DUN KUALA NERANG KUALA NERANG - Universiti Sains Malaysia (USM) menawarkan enam geran projek komuniti kepada penduduk DUN Kuala Nerang di Dewan Istiqlal, Masjid Pulau Kijang. ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusoff@Munir Haji Zakaria berkata, inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan komuniti tempatan untuk menjalankan pelbagai projek yang memberi manfaat kepada masyarakat. "Alhamdulillah dengan penerangan yang jelas diharapkan penduduk kampung dapat mengambil peluang untuk menambahh baikan lagi perniagaan khususnya dalam bidang pertanian," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika Taklimat Tawaran Geran Projek Komuniti dan Kursus Kompos Sisa Dapur, di Dewan Istiqlal, Masjid Pulau Kijang, semalam. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Pensyarah USM, Dr. Radieah atas kesudian hadir untuk memberikan taklimat berkenaan tawaran itu. Di samping itu, para penduduk turut diberi taklimat berkaitan cara-cara mengompos sisa dapur menjadi baja daripada Pegawai Pertanian Daerah Padang Terap, Rafidah Zainun. Beliau juga mengharapkan penerangan ini dapat membantu penduduk tempatan dalam mengamalkan pertanian yang lebih mampan dan mesra alam. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #experiencekedah #thegreaterkedah -UPDA 8/19/2024, 3:56:55 PM 

Tiada ulasan