WANITA BANGKIT BERNIAGA MAMPU MENJADI PENGGERAK EKONOMI KEDAH
SINTOK - Kerajaan negeri menerusi Program Wanita Bangkit Berniaga komited dalam memperkasakan wanita khususnya dalam bidang keusahawanan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad berkata, program ini selari dengan aspirasi negara melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita.
“Program Wanita Bangkit Berniaga ini menawarkan pelbagai inisiatif yang komprehensif termasuk latihan, bimbingan, mentor, akses kepada pembiayaan dan peluang pasaran.
“Saya yakin dengan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan, para peserta akan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan perniagaan mereka seterusnya menjadi usahawan yang berjaya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian penutup Seminar Wanita Bangkit Berniaga Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di EDC Hotel UUM, Sintok, di sini, hari ini.
Beliau yang juga merupakan ADUN Bukit Kayu Hitam menekankan para usahawan ketika ini perlu mempunyai kemahiran teknologi untuk kembangkan perniagaan.
“Dunia sekarang bergerak pantas ke arah revolusi industri 4.0 dan para usahawan seharusnya tidak ketinggalan dalam arus perubahan ini.
“Manfaatkanlah teknologi untuk meningkatkan produktiviti, mempeluaskan pasaran dan meningkatkan daya saing perniagaan anda,” jelas Halimaton.
Beliau yakin dan percaya para usahawan wanita mampu bangkit dan menjadi penggerak utama pemulihan ekonomi di negeri ini.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #experiencekedah #thegreaterkedah
Post a Comment