ADUN Merbau Pulas, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali
ADUN Merbau Pulas, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali menyampaikan sumbangan Beras Sejahtera kepada penduduk di Taman Kenangan, baru-baru ini.
Katanya, program ini melibatkan kerjasama daripada enam buah taman sekitar yang bertujuan membantu 100 keluarga yang memerlukan.
Majlis tersebut mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat yang turut serta dalam penyampaian bantuan.
Selain sumbangan beras, program ini juga menekankan kepentingan solidariti dan kerjasama dalam kalangan masyarakat.
Beliau mengucapkan ucapan tahniah atas inisiatif pihak pengurusan taman dan boleh dijadikan contoh cemerlang tentang bagaimana usaha bersama dapat membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka yang memerlukan.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA#TheGreaterKedah #ExperienceKedah
Post a Comment