Header Ads

test

ADUN Merbau Pulas, YB Dato' Ustazah Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali






 ADUN Merbau Pulas, YB Dato' Ustazah Hajjah Siti Ashah Haji Ghazali melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara yang terletak di Surau Kampung Tok Betok. 

Pusat pemindahan ini menempatkan tiga keluarga dengan jumlah keseluruhan 15 orang yang terkesan akibat banjir. 

Dalam lawatan tersebut, ADUN Merbau Pulas telah berinteraksi secara langsung dengan keluarga-keluarga yang terlibat, mendengar rintihan mereka, serta memastikan keperluan asas mereka seperti makanan, pakaian, dan ubat-ubatan mencukupi.

Beliau menyeru kepada semua pihak agar terus memberikan sokongan dan kerjasama dalam membantu mangsa bencana. 

“Kerjasama kita semua sangat penting dalam saat-saat seperti ini. Saya berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban mereka yang terkesan. Pusat pemindahan ini akan terus dipantau dan dipastikan bahawa semua keperluan penduduk yang terlibat dapat dipenuhi,” ujarnya. 

ADUN Merbau Pulas turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan memastikan setiap keluarga mendapat perhatian yang sewajarnya.

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan