Header Ads

test

EXCO KERAJAAN NEGERI TAJA 100 SURI RUMAH SERTAI SKSSR


EXCO KERAJAAN NEGERI TAJA 100 SURI RUMAH SERTAI SKSSR KULIM - Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam & NGO, YB Wong Chia Zhen menaja 100 suri rumah menyertai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Katanya, skim ini merupakan inisiatif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memberi perlindungan khas kepada suri rumah. "Skim ini memberi perlindungan kepada suri rumah semasa menjalankan tugas harian seperti menghantar anak ke sekolah, memasak, dan menjaga ahli keluarga yang sakit. "Dengan menyertai skim ini, suri rumah akan menikmati faedah seperti pampasan perubatan jika mengalami kemalangan atau kecederaan semasa melaksanakan tugas mereka," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Tajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diadakan di Dewan CRC Kulim, baru-baru ini. Beliau mengharapkan suri rumah memanfaatkan skim ini bagi memastikan perlindungan mereka dan keluarga terjamin. #TheGreaterKedah #ExperienceKedah #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 9/7/2024, 1:51:46 PM 

Tiada ulasan