Header Ads

test

KEDAH CATAT TANGGA KETIGA PELABURAN TERTINGGI DI MALAYSIA


KEDAH CATAT TANGGA KETIGA PELABURAN TERTINGGI DI MALAYSIA ALOR SETAR – Kedah terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam sektor pelaburan dengan berjaya menduduki tangga ketiga dalam carta lima negeri pelaburan tertinggi di Malaysia. Pencapaian ini mengatasi Pulau Pinang dan Johor dalam laporan prestasi pelaburan bagi tempoh Januari hingga Jun 2024. Menurut data yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada Rabu lalu, Kedah merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM31.9 bilion dan meningkat ketara berbanding RM14.6 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2023. Daripada jumlah pelaburan tersebut, sektor pembuatan menyumbang RM31.1 bilion, manakala sektor perkhidmatan menyumbang RM0.8 bilion. Pencapaian ini menandakan bahawa Kedah terus menjadi tumpuan pelaburan, menunjukkan keyakinan yang tinggi dari pelabur domestik dan antarabangsa terhadap potensi ekonomi negeri ini. Ini juga menggambarkan persekitaran pelaburan yang kondusif dan stabil di Kedah, yang terus merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur. Sumber - Malaysia Investment Development Authority (MIDA) #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #SG4 #ExperienceKedah #TheGreaterKedah -UPDA 9/5/2024, 11:34:35 AM 

Tiada ulasan