KERAJAAN NEGERI JALIN KERJASAMA BERSAMA TNG DIGITAL RANCAKKAN TMK 2025
ALOR SETAR – Kerajaan negeri menjalinkan kerjasama strategik bersama Touch’n Go (TNG) Digital bagi usaha merancakkan lagi Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin berkata, jalinan ini adalah usaha bagi memastikan TMK 2025 berjaya mencapai objektif yang disasarkan.
“Perbincangan ini berlegar tentang bagaimana kerjasama boleh dijalin berasaskan formula ‘menang-menang’ bagi kedua-dua pihak.
“Saya yakin dengan pencapaian, pengalaman dan reputasinya yang tidak boleh disangkal lagi, TNG lebih daripada berupaya menjadi rakan gandingan dalam mencapai objektif TMK 2025,” ujarnya.
Perbincangan itu diwakili oleh Pengarah Urusan TNG Digital, Alan Ni, Ketua Pegawai Operasi TNG Digital, Mohd Herman Sarbini dan Pengarah, Mobiliti dan Perkhidmatan Kerajaan, Sheikh Zulfadli.
Dato’ Saidin meletakkan harapan yang tinggi agar perbincangan ini menjadi titik mula sebuah lagi perjalanan yang membawa kepada berkibarnya panji-panji kejayaan TMK2025.
Hadir sama, Pengurus Besar (Promosi) Kedah Tourism, Roslan Othman.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#TheGreaterKedah#ExperienceKedah#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment