KERAJAAN NEGERI KOMITED JAGA KEBAJIKAN SEMUA KAUM
KERAJAAN NEGERI KOMITED JAGA KEBAJIKAN SEMUA KAUM SUNGAI PETANI - Kerajaan negeri sentiasa komited dalam menjaga kebajikan dan membela nasib semua kaum di Kedah. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam & NGO, YB Wong Chia Zhen berkata, tiada golongan yang akan tercicir daripada perhatian dan bantuan kerajaan. "Usaha ini akan sentiasa ditambah baik bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dari pengetahuan kerajaan negeri untuk diberikan perhatian. "Dan ini bertepatan dengan slogan Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Pesta Tanglung Peringkat Negeri Kedah di Dewan SJKC Sin Kwang, Sungai Petani, semalam. Dalam pada itu, beliau menyifatkan penganjuran Pesta Tanglung di Kedah memberi peluang kepada kaum-kaum lain mendekati budaya masyarakat Tionghua. "Saya percaya dengan adanya penganjuran sebegini, ia secara jelas memberi peluang kepada kaum-kaum lain untuk mengenali dan memahami dengan lebih dekat budaya masyarakat Tionghua. "Penganjuran program ini secara tidak langsung juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan dan ikatan persahabatan sesama warga sekolah dan masyarakat di luar sana," jelas Wong lagi. Beliau berharap program ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan pihak sekolah perlu lebih aktif dalam menganjurkan aktiviti yang melibatkan semua warga sekolah dan masyarakat setempat. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #thegreaterkedah #ADUNKulim -UPDA 9/13/2024, 9:00:23 AM
Post a Comment