MASALAH YANG DIHADAPI DI PASAR NELAYAN SEBERANG KOTA DALAM PEMANTAUAN
Masalah laluan sempit, kemudahan tempat letak kereta yang terhad dan ketiadaan tandas awam adalah isu-isu yang tidak seharusnya berlaku di kawasan yang menjadi tumpuan ramai. Sekiranya ada kemudahan tersebut, ia sepatutnya bersifat sementara dan bukan dibiarkan berlarutan.
Namun, Pasar Nelayan Seberang Kota masih belum menemui jalan penyelesaian untuk masalah-masalah ini. Hal ini menyebabkan kawasan tersebut terus menjadi bahan rungutan penduduk setempat dan pengunjung yang datang untuk menikmati hasil laut segar yang terkenal.
ADUN Kubang Rotan, YB Dato’ Mohd Salleh Saidin mendengar keluhan-keluhan ini dan merasakan kesulitan yang dialami, terutama oleh para peniaga yang mencari rezeki di pasar tersebut.
Semalam, selepas selesai majlis penyerahan sumbangan I-Kifalah sesi kedua, beliau mengambil kesempatan untuk turun padang dan meninjau keadaan Pasar Nelayan Seberang Kota dengan lebih dekat.
Sebagai wakil rakyat, beliau berkomitmen untuk menyuarakan masalah ini dan berusaha sedaya upaya memastikan ia mendapat perhatian pihak berwajib.
Beliau akan menggesa tindakan yang berkesan untuk memastikan keselesaan peniaga, pengunjung dan pengguna kerana mereka berhak mendapat layanan yang baik.
Dari Pasar Nelayan Seberang Kota, beliau menuju ke Pengkalan Abang Yazid Kubang Rotan, sebuah lokasi popular di kalangan kaki pancing serta peminat snorkelling dan scuba dari seluruh negara yang mencari perkhidmatan bot ke tengah laut.
Pengkalan ini diusahakan oleh Encik Sayadid Shafie, atau lebih dikenali sebagai Abang Yazid, sejak kira-kira sembilan tahun lalu. Kini, ia merupakan salah satu penyedia perkhidmatan bot terkemuka di Kuala Kedah.
Dato’ Salleh amat menghargai pandangan jauh dan dedikasi Abang Yazid dalam mengusahakan perkhidmatan ini. Semoga lebih ramai anak-anak DUN Kubang Rotan mencontohi semangat dan keazaman beliau.
Kredit – YB Dato’ Mohd Salleh Saidin
#TheGreaterKedah#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment