Mr Kee, Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Derga (wakil kaum Cina)
Mr Kee, Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Derga (wakil kaum Cina) menghadiri program sembahyang sempena bulan tujuh dalam kalendar Cina, yang dikenali sebagai bulan hantu, baru-baru ini.
Kehadirannya sebagai wakil ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab ke program ini menunjukkan sokongan dan penghargaan beliau terhadap tradisi dan budaya masyarakat Cina setempat.
Mr Kee turut menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#TheGreaterKedah#ExperienceKedah#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment