PASUKAN BANTUAN TURUN BERSIH KEDIAMAN MANGSA BANJIR DUN PANTAI MERDEKA
Alhamdulillah, selepas banjir surut, pasukan bantuan kini berganding bahu membersihkan kediaman yang terjejas.
Dengan izin Allah, pegawai PKWR bersama sukarelawan MINDA, Unit Amal, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Khidmat Malaysia melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh keikhlasan dan semangat ukhuwah.
Mereka tekun membantu saudara-saudara kita yang terkesan agar dapat kembali ke rumah dalam keadaan selamat dan selesa.
ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Sharir Long mengharapkan usaha ini mendapat keredhaan Allah dan dipermudahkan segala urusan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi ini!
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA
Post a Comment