Header Ads

test

PESTA BUKU KEDAH 2024 SASAR 200,000 PENGUNJUNG


PESTA BUKU KEDAH 2024 SASAR 200,000 PENGUNJUNG SUNGAI PETANI - Pesta Buku Kedah (PBK) 2024 yang berlangsung bermula 23 September hingga 29 Semptember menyasarkan seramai 200,000 pengunjung dengan potensi nilai jualan mencecah RM250,000. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad, penganjuran Pesta Buku Kedah kali ke-12 ini menghimpunkan lebih kurang 50 reruai pempamer buku dari seluruh negara. Jelas beliau lagi, statistik menunjukkan pada tahun 2022, seramai 102,336 pengunjung telah hadir dan angka itu melonjak kepada 147,661 pada tahun 2023 dengan nilai jualan mencapai RM153,400. "Lebih dari sekadar angka, pesta ini diharapkan mampu mengangkat ekonomi domestik, menjadi pemangkin kepada perkembangan industri buku di tanah air kita. "kita berharap agar usaha ini membuka jalan untuk menganjurkan sebuah mega Pesta Buku Kedah pada tahun hadapan sempena Tahun Melawat Kedah 2025," ujar beliau dalam Majlis Perasmian Pesta Buku Kedah 2024 bertempat di Village Mall, di sini, hari ini. Katanya, pesta buku adalah sebuah acara ilmu yang memberi penekanan kepada konsep 'knowledge economy' selaras dengan misi dan visi perpustakaan sebagai peneraju perkhidmatan perpustakaan awam negeri yang terunggul. Tambah beliau, PBK 2024 yang bertemakan Hobi dan Antusias Diri itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik, menghimpunkan penulis-penulis buku, pencipta kandungan Tiktok, pempengaruh media sosial, ceramah agama dan E-Sport menjadi taruhan utama untuk menarik minat pengunjung. "Kerajaan Negeri Kedah akan sentiasa memberi sokongan dan dukungan yang padu dalam menghidupkan semangat membaca dan memperkasa budaya ilmu dalam kalangan masyarakat," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 9/26/2024, 4:00:49 PM 

Tiada ulasan