Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mempengerusikan Sesi Perbincangn Khas Pelancongan Di Langkawi bersama jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkaitan bertempat di Pejabat Tanah dan Daerah Langkawi. Perbincangan berjalan lancar, pelbagai Idea-idea baharu dikongsi, manakala masalah dan persoalan diangkat untuk dihurai bagi mencari jalan penyelesaian secara bersama. Pada sesi itu juga, Pegawai Daerah Langkawi memulai penerangan tentang usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan program tahun hadapan berjalan lancar dan sempurna. Sesi perbincangan berjalan baik dan berakhir dengan keputusan-keputusan yang positif, yang mengukuhkan keyakinan bahawa agenda pembangunan di Langkawi akan terus bergerak maju dalam membina kesiapsiagaan bagi menyambut Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK2025) yang semakin hampir. Turut hadir Ahli Parlimen Langkawi, YB Dato' Mohd Suhaimi Abdullah dan ADUN Ayer Hangat, YB Shamsilah Siru. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #ADUNKubangRotan #thegreaterkedah -UPDA 9/13/2024, 7:44:42 PM
Post a Comment