Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
ADUN Alor Mengkudu, YB Muhammad Radhi Md Din menyampaikan Bantuan Komuniti Sejahtera (BKS) iaitu sumbangan daripada kerajaan negeri Kedah kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar. Penyerahan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga telah disempurnakan bersama Pegawai Daerah Kota Setar, Dato' Hakim Ariff Md Noor. Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Kedah, agensi-agensi kerajaan peringkat negeri dan persekutuan, para petugas dan semua sukarelawan yang turun membantu dan menyumbang kepada mangsa-mangsa banjir. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 9/25/2024, 2:30:06 PM
Post a Comment