Header Ads

test

Majlis Penyerahan Geran Peringkat Daerah Padang Terap


Sekitar Majlis Penyerahan Geran Peringkat Daerah Padang Terap yang disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Dewan Komuniti Felcra Belimbing Tualak, Kuala Nerang.
Majlis yang dianjurkan hari ini melibatkan 462 hakmilik yang melibatkan semua mukim di daerah Padang Terap. Daripada jumlah tersebut, 83 geran tanah kepada individu, 168 geran tanah (bagi maksud Kediaman dan Kebun Getah) kepada warga Felcra Belimbing Tualak dan 211 geran tanah kepada agensi iaitu KEDA bagi dua Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Kura dan Pasir Puteh serta 30 penerima lesen pendudukan sementara (LPS).
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Haji Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Asli dan Tenaga Negeri Kedah, YB Mohammad Yusof @ Munir Haji Zakaria; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin; barisan EXCO, ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin, Ahli Parlimen Padang Terap, YB Nurul Amin Hamid, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Daerah Padang Terap, Dato’ Haji Muhamad Arof Darus, Pegawai Daerah Padang Terap, Azmin Zainol Abidin
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan