Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri Program Seranta Pejabat MOTAC Kedah bersama Agensi-Agensi Di Bawah MOTAC, satu program yang diadakan sebagai inisiatif dalam usaha mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK2025). Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Kedah, Mohd Shahril Harun; Pengarah serta Ketua Jabatan Agensi-Agensi di bawah MOTAC bagi Negeri Kedah dan Wilayah Utara; Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Junaidi Abdul Rani @ Abdul Ghani dan Pengurus Besar Kedah Tourism Sdn Bhd, Azlizam Jaafar Sidik. MOTAC Negeri Kedah dan keenam-enam agensi di bawah MOTAC memberi komitmen yang cukup baik untuk membantu memastikan kejayaan TMK2025. Dalam melaksanakan apa-apa agenda sekalipun, apatah lagi bagi menjayakan agenda besar seperti TMK2025, pemupukan semangat kerjasama dan sinergi amat diperlukan. Dengan segala inisiatif yang sedang diambil dan telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak, insya-Allah TMK2025 akan meletakkan sektor pelancongan Kedah ke satu penanda aras baharu sebagaimana yang kerajaan negeri hasratkan. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 9/25/2024, 5:00:40 PM
Post a Comment