Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali merasmikan Seminar Pemerkasaan Pemimpin Komuniti dalam Menangani Isu Pelajar Tercicir di Negeri Kedah bertempat di Resort Bendang Man, Sik. Seminar ini merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan hubungan dua hala yang lebih aktif antara pihak-pihak tertentu dan pemimpin masyarakat dalam sektor pendidikan. Pemimpin komuniti akan didedahkan dengan dapatan kajian isu pendidikan di negeri Kedah iaitu murid berisiko tercicir, agar semua pemimpin turut terlibat aktif dalam membela dan melaksanakan perubahan yang positif dalam persekitaran pendidikan setempat. Melalui pemahaman dan hubungan erat yang disemai, beliau pasti pemimpin dalam sesebuah komuniti akan berupaya mengenalpasti murid yang berisiko, seterusnya bersama menyokong usaha intervensi awal dan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menyediakan sumber dan sokongan yang diperlukan dalam menangani isu keciciran murid. Seminar ini sejajar dengan usaha berterusan antara Universiti Utara Malaysia (UUM), Kerajaan Negeri Kedah, Yayasan Sime Darby, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pejabat Daerah Negeri dalam satu program penyelidikan berimpak iaitu Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses (KOMPaS) Semoga dengan seminar ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan dapat bantu meningkatkan mutu pendidikan di negeri Kedah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 9/24/2024, 1:37:21 PM
Post a Comment