Header Ads

test

Program Kedah Offroad & Camping 2024

 






Program Kedah Offroad & Camping 2024 yang diadakan di Puncak Janing berjaya menarik penyertaan lebih 400 peserta termasuk pemilik kenderaan 4x4, motosikal lasak, krew serta peminat sukan ekstrem. 

Acara yang diadakan selama tiga hari, bermula 14 September dianjurkan dengan kerjasama syarikat permotoran Aveta Malaysia sebagai penaja utama.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menekankan kepentingan program sebegini dalam membina daya ketahanan diri serta semangat kerjasama berpasukan. 

Beliau berkata program sebegini dapat meneroka lebih banyak destinasi pelancongan yang berpotensi selari dengan matlamat negeri bagi menarik lebih ramai pelancong sempena Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK2025).

Beliau juga menegaskan bahawa aktiviti lasak seperti 'offroad trails' dan 'camping' bukan sahaja membina karakter tetapi juga memberikan peluang kepada peserta untuk menghargai kekayaan alam semula jadi, yang merupakan anugerah Allah kepada manusia.

#ExperienceKedah#TheGreaterKedah #UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan