PROJEK TEBATAN BANJIR MENJADI MITIGASI BENCANA NEGERI KEDAH
PROJEK TEBATAN BANJIR MENJADI MITIGASI BENCANA NEGERI KEDAH AYER HITAM – Rentetan cuaca hujan tidak menentu menyebabkan paras air di beberapa daerah semakin meningkat. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata skuad sukarelawan akan dikerahkan bagi membantu mangsa banjir membersihkan kediaman yang terjejas. Jelasnya, projek tebatan banjir adalah salah satu langkah mitigasi banjir yang efektif sekaligus dijadikan keperluan rakyat. "Terdapat beberapa projek baru di bawah Rolling Plan 4 (RP4) bakal segera dilaksanakan untuk Negeri Kedah," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di SMK Tunku Seri Indera Putra di sini hari ini. Sanusi berharap dengan pelaksanaan projek berkenaan, kawasan yang sering terjejas akibat banjir dan risiko peningkatan paras air dapat dikurangkan. "Saya mengharapkan kebanyakan tempat akan kembali reda daripada berlakunya peningkatan air yang menjejaskan kawasan penduduk." ujar beliau. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 9/23/2024, 4:00:46 PM
Post a Comment