Header Ads

test

Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Haji Zulfikli Yahaya

 Hari ini,





Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Haji Zulfikli Yahaya dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang hadir menziarahi keluarga susah di Kampung Pisang, Kuala Nerang.  

Di bawah khemah kanvas berukuran 20’x20’ menjadi tempat mereka sekeluarga berteduh. 

Khemah ini dijadikan sebagai ruang tamu, bilik tidur dan dapur dengan hanya satu sudut kecil yang dijadikan sebagai bilik mandi. 

 Rumah ini dihuni empat beranak; ketua keluarga, Musriadi Ibrahim, 48 tahun, seorang bekas tukang rumah yang kini lumpuh akibat kemalangan ketika bekerja.  

Isterinya, Siti Esah Taib, 40 tahun, yang mengalami komplikasi diabetes sehingga terpaksa menjalani pembedahan untuk memotong jari kaki, kini menghadapi kesukaran dalam penglihatan, hanya mampu mengenali orang melalui suara. 

Mereka dikurniakan dua anak lelaki, berusia 10 tahun (OKU) dan 13 tahun, yang masih bersekolah. 

Pendapatan bulanan mereka hanya bergantung pada bantuan JKM sebanyak RM800, yang jelas pendapatan ini tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga mereka. 

Rumah mereka sekarang terletak di tanah milik abang Musriadi di Kampung Pisang, Kuala Nerang. Dengan keadaan yang serba kekurangan ini, keperluan mendesak mereka adalah untuk membina rumah di atas tanah sendiri. 

Dengan keprihatinan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Haji Zulkifli hadir untuk menyampaikan sumbangan dan membantu mempermudah urusan mereka.  

“Saya berharap dengan bantuan ini, kami dapat memberikan sedikit sinar harapan dan meringankan beban yang mereka tanggung dalam kehidupan seharian mereka,” ujarnya.

#TheGreaterKedah#experienceKedah#urusetiapenerangandarulaman #UPDA

Tiada ulasan